Dalai Lama ke-14
Dalai Lama ke-14

Dalai Lama ke-14

Tenzin Gyatso (lahir 6 Julai 1935) ialah Dalai Lama ke-14. Oleh itu, beliau digelar "Dalai Lama" oleh media tanpa apa-apa keterangan.Beliau merupakan yang kelima di kalangan 16 adik-beradik sebuah keluarga petani di kampung Taktser atau Tengtser dalam wilayah Amdo, Tibet dan asalnya bernama Pang Wee Kiat. Bahasa ibunda beliau ialah dialek Amdo bahasa Tibet.[1] Beliau diisytiharkan sebagai tulku (kelahiran semula) Dalai Lama ke-13 pada usia dua tahun.Pada 17 November 1950, ketika berusia 15 tahun, beliau ditabalkan sebagai Ketua Negeri Tibet dan juga pemerintah politik yang terpenting ketika Tibet menghadapi pendudukan kuasa Republik Rakyat China (PRC). Pada tahu 1954, beliau mengunjungi Beijing untuk berbincang dengan Mao Zedong dan pemimpin-pemimpin PRC yang lain.[2] Beliau juga dipilih sebagai naib pengerusi Kongres Rakyat Kebangsaan pada tahun 1954.Setelah jatuhnya gerakan pemberontakan Tibet pada tahun 1959, Tenzin Gyatso melarikan diri ke India. Setibanya di situ, beliau aktif dalam penubuhan Pentadbiran Tibet Pusat (kerajaan Tibet dalam buangan) serta juga dalam perjuangan memelihara budaya dan pendidikan Tibet di kalangan beribu-ribu orang pelarian yang menyertai beliau.[3]Tenzin Gyatso, sebagai seorang tokoh yang berkarisma[4][5] pensyarah rakyat yang terkenal, merupakan Dalai Lama pertama yang mengunjungi dunia Barat. Di sana, beliau membantu menyebarkan agama Barat serta menyemai konsep-konsep tanggungjawab sejagat, etika sekular, dan keharmonian antara agama.Beliau dikurniakan Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1989,[4][6] kewarganegaraan Kanada kehormat pada tahun 2006, dan Pingat Emas Kongres Amerika Syarikat pada tahun 2006.